Suratan atau Kebetulan...

Posted by nenek | 9:06 AM | 0 comments »

Bila online tadi, secara kebetulan bertembung dgn aisah di YM, Mungkin satu kebetulan atau memang dah suratan akan bertembung dgn dia...satu keadaan yg memang dah jarang2 terjadi...

Kalau dulu...bertahun2 yg lalu, malam2 begini kami selalu bercerita panjang kat YM bersama kak ani, dan MJ. Kami berborak, bercerita ...bertanya itu dan ini...gurauan dan usikan yg telah melahirkan satu kemesraan. Kemesraan yg sukar utk digambarkan.

Bermula dari perkenalan di siber...dibawa ke alam nyata...bertemu keluarga dan bertandang ke rumah...mesra macam saudara. Rasa kasih dan sayang yg sukar nak diungkapkan...

Yang tinggal kini hanya kak ani dan aisah...MJ pulak hilang tanpa jejak. Sedihnya rasa hati ini kerana tak tau apa sebenarnya yg telah terjadi. Yang ada kini hanya kenangan...

Untuk MJ...walau di mana dan dalam keadaan apa sekalipun MJ berada...nenek sentiasa ingat dan tetap mengharapkan yg terbaik buatmu. Semoga suatu hari nanti, nenek akan mendapat jugak khabar itu...InsyaAllah.

Kak ani dan syah...ini kisah lama kita...satu kisah yg pasti menjadi satu kenangan manis sepanjang meniti usia senja nenek...terima kasih wahai sahabat.